KEDUDUKAN DAN
PENTINGNYA AKHLAK DALAM ISLAM
Makalah
ini disusun dalam rangka memenuhi tugas kelompok
Mata
kuliah AIK II
Dosen
Pembimbing : Hermawan M.Pd
.
Disusun
Oleh:
|
1.
Dwi Agung Nugraha
(142140083)
2.
Deni Indraswoyo
(142140099)
|
2 C
PENDIDIKAN MATEMATIKA
FAKULTAS KEGURUAN DAN
ILMU PENDIDIKAN
UNIVERSITAS
MUHAMMADIYAH PURWOREJO
2015
PEMBAHASAN
PENGERTIAN AKHLAK
Akhlaq secara etimologi merupakan bentuk jamak dari
khulq artinya perangai, tabiat, pekerti.
Sedang secara terminologi akhlak adalah kemampuan /kondisi jiwa yang merupakan
sumber dari segala kegiatanmanusia yang dilakukan secara spontan tanpa
pemikiran. Akhlaq terbentuk dari latihan dan praktek berulang (pembiasaan). Sehingga
jika sudahmenjadi akhlaq tidak mudah dihapus.
Akhlaq memiliki
kedudukan utama,bahkan menjadi puncak kesempurnaan manusia. Ibn Miskawaih
mengatakan bahwa akhlaq adalah sifat yangtertanam dalam jiwa yang mendorongnya
untuk melakukan perbuatantanpa memerluka pemikiran dan pertimbangan. Imam Al
Ghazali mendefinisikan akhlaq sebagai sifat yangtertanam dalam jiwa yang
menimbulkan macam-macam perbuatan dengangampang dan mudah, tanpa memerlukan
pemikiran dan pertimbangan. Mu’jam al Wasith, Ibrahim Anis mengatakan bahwa
akhlaq adalahsifat yang tertanam dalam jiwa manusia yang dengannya lahirlah
macam-macam perbuatan, baik atau buruk, tanpa membutuhkan pemikiran dan
pertimbangan.
Kedudukan
Akhlak Dalam Islam
Kedudukan akhlak dalam kehidupan manusia menempati
tempat yang penting, sebagai individu maupun masyarakat dan bangsa, sebab jatuh
bangunnya suatu masyarakat tergantung kepada bagaimana akhlaknya. Apabila
akhlaknya baik, maka sejahteralah lahir dan batinnya. Sebaliknya, apabila
akhlaknya rusak, maka rusaklah lahir dan batinnya. Kejayaaan seseorang terletak
pada akhlaknya yang baik, akhlak yang baik selalu membuat seseorang menjadi
aman, tenang dan tidak adanya perbuatan yang tercela.
Agama merupakan tujuan yang lurus (shirathal
mustaqim) menuju tempat kebahagiaan, menuju tujuan manusia di dunia dan di
akhirat. Iman, Islam dan Ihsan merupakan tiga unsur yang berjalin, berakhlak
mulia sebagai isi ajaran Rasulullah, menjalani agama (ibadah dan amal shaleh)
dengan cara yang ihsan merupakan kewajiban
Sungguh agama Islam telah menempatkan akhlak mulia
sebagai sifat yang sempurna, karena Alloh Robbul 'alamin sangat
mencintai akhlak mulia dan membenci kebalikannya. Sebagaimana dalam sebuah
hadits:
إِنَّ اللهَ يُـحِبُّ مَعَالِيَ
الْأُمُورِ وَأَشْرَفَهَا وَيَكْرَهُ سَفْسَافَهَا
"Sesungguhnya Alloh mencintai perkara-perkara
yang mulia dan membenci perkara yang rendahan." (H R. Thobroni: 2894, Ibnu Adi I/114, al-Qudho'i 2/89. Lihat ash-Shohihah: 1627)
Dengan demikian dapat kita pastikan bahwa akhlak
termasuk ibadah. Karena tidak ada satu pun perkara yang dicintai-Nya kecuali
dia termasuk bagian ibadah dan perkara yang urgen dalam agama. Rosululloh صلي الله
عليه وسلم sendiri telah menegaskan bahwa akhlak
merupakan ibadah yang agung yang dapat mengangkat derajat seorang mu`min,
berdasarkan hadits:
إِنَّ الْمُؤْمِنَ لَيُدْرِكُ بِحُسْنِ خُلُقِهِ
دَرَجَةَ الصَّائِمِ الْقَائِمِ
"Sungguh seorang mu'min dapat meraih derajat
orang yang sholat dan puasa karena akhlaknya yang bagus." (H R. Abu Dawud: 4798, Hakim I/60, Ibnu
Hibban: 1927, dishohihkan oleh al-Albani dalam ash-Shohihah: 795)
Karena perkaranya yang agung dan urgen, Pembuat
syari'at yang mulia ini tidak luput untuk memperhatikan masalah akhlak. Bahkan,
boleh kita tegaskan bahwa agama ini seluruhnya adalah akhlak.
Imam Ibnul Qoyyim رحمه الله
berkata: "Agama ini seluruhnya adalah akhlak, barangsiapa memperbaiki
akhlaknya maka baik pula agamanya." (Madarijus Salikin 2/320)
Cukuplah dalil-dalil syar'i sebagai bukti bahwa Islam
adalah agama yang selalu mengajarkan dan menganjurkan berakhlak mulia.
Di antaranya ialah firman Alloh:
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ
الْجَاهِلِينَ
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan
kebaikan serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” (QS. al-A'rof [7]: 199)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ
وَأَهْلِيكُمْ نَاراً وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan
keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu....” (QS. at-Tahrim [66]: 6)
Skop Akhlak Islam
Skop akhlak Islam adalah luas merangkumi segenap perkara yang berkaitan
dengan kehidupan manusia sama ada hubungan manusia dengan Allah, hubungan
manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain.
a) Akhlak dengan Allah : Antara ciri-ciri penting akhlak manusia
dengan Allah swt ialah :
- Beriman kepada Allah : iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa Allah itu wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan tuntutan-tuntutan di samping meninggalkan sebarang sifat atau bentuk syirik terhadapnya.
- Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah : iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah swt.
- Sentiasa bertaubat dengan tuhannya : iaitu apabila seseorang mukmin itu terlupa atau jatuh kepada kecuaian dan kesilapan yang tidak seharusnya berlaku lalu ia segera sedar dan insaf lalu meminta taubat atas kecuaiannya.
- Mencari keredhaan Tuhannya : iaitu sentiasa mengharapkan Allah dalam segala usaha dan amalannya. Segala gerak geri hidupnya hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah dan bukannya mengharapkan keredhaan manusia walaupun kadang kala terpaksa membuat sesuatu kerja yang menyebabkan kemarahan manusia.
- Melaksanakan perkara-perkara yang wajib, fardhu dan nawafil.
- Redha menerima Qadha' dan Qadar Allah : Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka menjadilah baik baginya."
b) Akhlak dengan manusia :
- Akhlak dengan Rasulullah : iaitu beriman dengan penuh keyakinan bahawa nabi Muhammad saw adalah benar-benar nabi dan Rasul Allah yang menyampaikan risalah kepada seluruh manusia dan mengamalkan sunnah yang baik yang berbentuk suruhan ataupun larangan.
- Akhlak dengan ibubapa : iaitu berbuat baik (berbakti) ke pada ibu bapa. Berbuat baik di sini mengandungi erti meliputi dari segi perbuatan, perkataan dan tingkah laku. Contohnya berkata dengan sopan dan hormat, merendahkan diri, berdoa untuk keduanya dan menjaga keperluan hidupnya apabila mereka telah uzur dan sebagainya. Firman Allah swt yang bermaksud : " Kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa."
- Akhlak dengan guru : Maksud dari sebuah hadith Nabi saw: "Muliakanlah orang yang kamu belajar daripadanya." Setiap murid dikehendaki memuliakan dan menghormati gurunya kerana peranan guru mengajarkan sesuatu ilmu yang merupakan perkara penting di mana dengan ilmu tersebut manusia dapat menduduki tempat yang mulia dan terhormat dan dapat mengatasi berbagai kesulitan hidup sama ada kehidupan di dunia ataupun di akhirat.
- Akhlak kepada jiran tetangga : Umat Islam dituntut supaya berbuat baik terhadap jiran tetangga. Contohnya tidak menyusahkan atau mengganggu mereka seperti membunyikan radio kuat-kuat, tidak membuang sampah di muka rumah jiran, tidak menyakiti hati mereka dengan perkataan-perkataan kasar atau tidak sopan dan sebagainya. Malah berbuat baik terhadap jiran tetangga dalam pengertiannya itu dapat memberikan sesuatu pemberian kepada mereka sama ada sokongan moral atau material.
- Akhlak suami isteri : Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan gaulilah olehmu isteri-isteri itu dengan baik."
- Akhlak dengan anak-anak : Islam menetapkan peraturan terhadap anak-anak. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Kanak-kanak lelaki disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh dari kelahirannya dan diberi nama dengan baik-baik dan dihindarkan ia daripada perkara-perkara yang memudharatkan. Apabila berusia enam tahun hendaklah diberi pengajaran dan pendidikan akhlak yang baik."
- Akhlak dengan kaum kerabat : Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan dan memberi kepada kaum kerabat."
c) Akhlak terhadap makhluk selain manusia :
- Malaikat :Akhlak Islam menuntut seseorang muslim supaya menghormati para malaikat dengan menutup kemaluan walaupun bersendirian dan tidak ada orang lain yang melihat.
- Jin : Adab terhadap golongan jin antaranya Rasulullah melarang membuang hadas kecil di dalam lubang-lubang di bumi kerana ia adalah kediaman jin. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Jangan kamu beristinjak dengan tahi kering dan jangan pula dengan tulang-tulang kerana sesungguhnya tulang-tulang itu adalah makanan saudara kamu dari kalangan jin."
- Haiwan ternakan : Haiwan yang digunakan untuk membuat kerja, maka tidak boleh mereka dibebani di luar kesanggupan mereka atau dianiaya atau disakiti. Malah ketika hendak menyembelih untuk dimakan sekalipun, maka hendaklah penyembelihan dilakukan dengan cara yang paling baik iaitu dengan menggunakan pisau yang tajam, tidak mengasah pisau di hadapan haiwan tersebut atau menyembelih haiwan di samping haiwan-haiwan yang lain.
- Haiwan bukan ternakan : tidak menganiayai haiwan-haiwan bukan ternakan seperti mencederakannya dengan menggunakan batu dan sebagainya.
- Alam : Manusia diperintahkan untuk memakmurkan sumber-sumber alam demi kebaikan bersama. Islam menetapkan bahawa alam ini tidak boleh dicemari dengan kekotoran yang boleh merosakkan kehidupan manusia dan kehidupan lainnya.
SUMBER
AKHLAK ISLAM
Dalam Islam akhlak adalah bersumber dari dua sumber yang utama iaitu
al-Quran dan al-Sunnah. Ini ditegaskan leh Rasulullah saw dalam sepotong hadith
yang bermaksud : "Sesungguhnya aku diutuskan hanya semata-mata untuk menyempurnakan
akhlak yang mulia."
Allah swt telah memuji Rasulullah kerana akhlaknya yang baik seperti yang
terdapat dalam al-Quran, firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya
engkau seorang memiliki peribadi yang agung (mulia)."
Pentingannya Akhlak Dalam Kehidupan Manusia
Akhlak merupakan garis pemisah antara yang
berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak. Akhlak juga merupakan roh Islam
yang mana agama tanpa akhlak samalah seperti jasad yang tidak bernyawa. Oleh
itu salah satu misi yang dibawa oleh Rasulullah saw ialah membina kembali
akhlak manusia yang telah runtuh sejak zaman para nabi yang terdahulu ekoran
penyembahan berhala oleh pengikutnya yang telah menyeleweng.
Hal ini juga berlaku pada zaman jahiliyyah yang mana akhlak
manusia telah runtuh berpunca daripada mewarisi perangai umat yang terdahulu
dengan tradisi meminum arak, membuang anak, membunuh, melakukan kezaliman
sesuka hati, menindas, suka memulau kaum yang rendah martabatnya dan
sebagainya. Dengan itu mereka sebenarnya tidak berakhlak dan tidak ada bezanya
dengan manusia yang tidak beragama.
Akhlak juga merupakan nilai yang menjamin keselamatan dari pada api neraka. Islam menganggap
mereka yang tidak berakhlak tempatnya dia dalam neraka. Umpamanya seseorang itu
melakukan maksiat, menderhaka kepada ibu bapa, melakukan kezaliman dan
sebagainya, sudah pasti Allah akan menolak mereka daripada menjadi ahli syurga.
Selain itu, akhlak juga merupakan ciri-ciri kelebihan di
antara manusia kerana ianya lambang kesempurnaan iman,
ketinggian taqwa dan kealiman seseorang manusia yang berakal. Dalam hal ini
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Orang yang sempurna imannya
ialah mereka yang paling baik akhlaknya."
Kekalnya sesuatu ummah juga kerana kukuhnya akhlak dan
begitulah juga runtuhnya sesuatu ummah itu kerana lemahnya akhlaknya. Hakikat
kenyataan di atas dijelaskan dalam kisah-kisah sejarah dan tamadun manusia
melalui al-Quran seperti kisah kaum Lut, Samud, kaum nabi Ibrahim, Bani Israel
dan lain-lain. Ummah yang berakhlak tinggi dan sentiasa berada di bawah
keredhaan dan perlindungan Allah ialah ummah yang seperti di Madinah pada zaman
Rasulullah saw.
Ketiadaan akhlak yang baik pada diri
individu atau masyarakat akan menyebabkan berlaku pelbagai krisis dalaman
dan luaran seperti krisis nilai diri, keruntuhan rumahtangga, masyarakat
belia yang mundur dan boleh membawa kepada kehancuran sesebuah negara. Presiden
Perancis ketika memerintah Perancis dulu pernah berkata : "Kekalahan
Perancis di tangan tentera Jerman disebabkan tenteranya runtuh moral dan
akhlak."
Pencerminan diri seseorang sering digambarkan melalui tingkah
laku atau akhlak yang ditunjukkan. Malahan akhlak merupakan perhiasan diri bagi
seseorang sebagaimana aqidah merupakan tunjang agama, syariat merupakan cabang
dan rantingnya manakala akhlak adalah yang mewarnai seperti bunga-bungaan yang
menyerikan hiasan pokok tersebut.
Akhlak tidak dapat dibeli atau dinilai dengan wang ringgit Ia
wujud di dalam diri seseorang hasil daripada didikan kedua ibu bapa atau
penjaga serta pengaruh dari masyarakat sekeliling mereka. Jika sejak kecil kita
didedahkan dengan akhlak yang mulia, maka secara tidak langsung ia akan
mempengaruhi tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari hinggalah seterusnya.
Proses pembentukan sesebuah masyarakat adalah sama seperti
membina sebuah bangunan. Kalau dalam pembinaan bangunan, asasnya disiapkan
terlebih dahulu, begitu juga dengan membentuk masyarakat mesti dimulakan dengan
pembinaan asasnya terlebih dahulu. Jika kukuh asas yang dibina maka tegaklah
masyarakat itu. Jika lemah maka robohlah apa-apa sahaja yang dibina di atasnya.
Akhlak amat penting kerana merupakan asas yang dilakukan oleh
Rasulullah saw ketika memulakan pembentukan masyarakat Islam. Sheikh Mohamad
Abu Zahrah dalam kitabnya Tanzim al-Islam Li al-Mujtama' menyatakan
bahawa budi pekerti atau moral yang mulia adalah satu-satunya asas yang
paling kuat untuk melahirkan manusia yang berhati bersih, ikhlas dalam hidup,
amanah dalam tugas, cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan.
PENUTUP
KESIMPULAN
Akhlak merupakan sifat baik
atau buruk dari seseorang. Pentingnya akhlak dalam islam sangatlah penting,
karena dengan adanya akhlak menusia dapat membedakan sifat atau karakter
manusia. Kedudukan akhlak paling tinggi dari pada yang lain, karena akhlak
berlandaskan Al-Quaran dan Hadist.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar